KUCHING, 30 OKTOBER 2025 – Jenama kopi Vietnam terkemuka Malaysia, Kopi Saigon kini secara rasmi menjejakkan langkah ke bumi kenyalang dengan pembukaan lima cawangan secara serentak iaitu di Sibu, Miri, Hospital Bintulu, UTC Kuching, dan Matang Parade. Majlis perasmian rasmi telah diadakan di UTC Kuching sempena kemasukan pertama jenama ini ke pasaran Sarawak. Majlis berlangsung dengan penuh meriah dengan kehadiran pencinta Kopi Saigon, tetamu kehormat dan rakan strategik.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dato’ Seri Ahmad bin Abas – Pengarah Urusan Kopi Saigon UTC Kuching, Encik Asyraf Kamal – Ketua Pegawai Eksekutif Seruni Global Sdn. Bhd yang juga merupakan pengasan Kopi Saigon serta Encik Nazrin bin Ali Hossein – Ketua Pegawai Eksekutif SEDC Permata Sdn. Bhd. Turut hadir memeriahkan majlis ialah wakil – wakil daripada agensi kerajaan termasuk Pengarah Biro Pengaduan Awam, Pengurus Perkeso UTC Sarawak, Ketua Jabatan UTC Sarawak (Jabatan Imigresen Malaysia). Ketua Jabaran UTC Sarawak (Jabatan Pendaftaran Negara) , dan Pengarah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.
Pembukaan Kopi Saigon di Sarawak ini menandakan satu pencapaian penting bagi Kopi Saigon dalam memperkukuh jenamanya ke seluruh Malaysia. Dengan strategi pembukaan lima cawangan sekaligus, Kopi Saigon berhasrat untuk membawa keunikan kopi Vietnam kepada masyarakat Sarawak dan kepada pencinta Kopi Saigon dari bumi kenyalang yang telah menanti kehadiran Kopi Saigon.
Selain upacara perasmian di UTC Kuching, cawangan Matang Parade turut menganjurkan majlis pembukaan dengan penampilan istimewa oleh Ai Kekanda dan Rayyanyan.s. Majlis ini disambut dengan penuh meriah oleh penduduk di Kuching.
Menurut Encik Asyraf Kamal – pengasas Kopi Saigon “Kami beroperasi di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Majlis Perasmian ini adalah untuk outlet kita yang ke-230 yang pertama di negeri Sarawak secara eksklusif”.
Dengan pembukaan Kopi Saigon di negeri ini, pelanggan kini boleh menikmati menu istimewa Kopi Saigon yang bukan sahaja kopi namun juga minuman bukan kopi di sekitar Sarawak. Sebarang informasi berkenaan Kopi Saigon boleh didapati di platform rasmi Kopi Saigon.
TikTok: https://www.tiktok.com/@kopisaigon
Instagram: https://www.instagram.com/kopisaigon.hq/
Facebook: https://www.facebook.com/kopisaigon.hq