
Budaya minum kopi menjadi fenomena di Malaysia khususnya dalam kalangan anak muda di bandar. Fenomena ini menimbulkan persoalan adakah ia hanya trend yang bersifat sementara atau menjadi terapi sosial untuk generasi masa kini?
Jika dahulu kopi hanya dikaitkan dengan sarapan di warung atau di rumah, kini kopi telah berevolusi menjadi simbol gaya hidup moden dengan dekorasi estetik dari pelbagai konsep seperti minimalis, retro, dan juga seni mistik.
Tidak dinafikan, kafe sering dikaitkan dengan konten media sosial yang ‘instagrammable’. Menu kreatif serta dekorasi unik menjadikan kafe destinasi pilihan untuk dikongsi di platform seperti TikTok dan Instagram. Inilah yang menjadikan budaya kafe cepat mendapat perhatian sebagai trend semasa.
Namun, kafe bukan sekadar trend. Kopi kini dilihat sebagai status sosial dan identiti moden, di mana penggemar mula menghargai specialty coffee dengan membezakan rasa biji kopi berbanding minuman biasa. Fenomena ini juga memperlihatkan bagaimana Gen Z menggabungkan aktiviti harian mereka dalam satu ruang — kafe berfungsi sebagai pejabat mini, tempat belajar, malah lokasi pertemuan sosial.
Kini kopi bukan lagi sekadar minuman, tetapi sebahagian daripada rutin harian, cara ‘healing’, dan sebahagian daripada pengurusan tekanan. Dalam dunia moden yang serba pantas, budaya kafe memberi peluang kepada generasi muda untuk berhenti sejenak, bersosial, dan menikmati pengalaman.
Dalam kalangan trend kafe yang sering dikaitkan dengan harga yang tinggi, Kopi Saigon tampil dengan harga serendah RM5 membuktikan kafe bukan sekadar trend eklusif tetapi gaya hidup yang inklusif dan mesra belanjawan.
Kafe mungkin bermula sebagai trend yang dipengaruhi media sosial namun telah berkembang sebagai sebahagian gaya hidup masyarakat moden.
Jika anda, mengapa anda suka ke kafe? Cuba kongsi gambar kafe kegemaran anda dan tag kami di media sosial!