Pernah tak masa berdiri dalam barisan kat kafe atau kedai kopi dan rasa gugup nak order sebab tak tahu apa beza kopi hitam dan espresso? Ini perkara biasa untuk pemula yang baru nak berjinak dengan kopi. Hari ni, kita akan kupas jenis jenis kopi sehingga anda boleh pesan minuman di kafe kegemaran dengan penuh yakin.

Espresso
Inilah asas kepada kebanyakan minuman kopi moden. Ia boleh dihidangkan sebagai satu shot (30ml) atau double shot (60ml) begitu sahaja.

Biji kopi yang telah digiling halus diseduh dengan air panas dibawah tekanan tinggi hingga menghasilkan lapisan ‘crema’ di permukaan.

Americano
Americano terhasil apabila air lebih kurang 250ml dicampurkan dengan satu ada dua shot espresso bergantung kepada kepekatan yang diingini.

Minuman ini sesuai untuk yang suka rasa kopi yang lebih ringan daripada espresso tetapi ingin mengekalkan aroma dan rasa asli biji kopi.

Latte
Latte merupakan salah satu pilihan minuman espresso berkrim. Ia menggabungkan satu shot espresso dengan susu dalam jumlah yang banyak dengan kemasan buih halus di permukaan.

Untuk pemula, minuman ini disyorkan kerana rasanya yang tidak terlalu pahit dan tawar dengan hasil gabungan espresso pahit dan susu segar.

Capuccino
Teknik penghasilan minuman adalah mirip latte namun menggunakan nisbah yang lebih seimbang antara espresso, susu, dan buih susu dituangkan ke atasnya. Lapisan buih susu yang tebal menjadikan rasa cappuccino lebih bertekstur dan ‘ringan’.

Mocha
Mocha merupakan gabungan antara kopi dan coklat. Minuman ini mengandungi satu shot espresso, susu, dan coklat.

Buat penggemar kopi manis, minuman ini sesuai untuk dinikmati kerana gabungan rasa pahit espresso dan manis kopi yang seimbang.

Dengan memahami perbezaan jenis kopi ini, anda boleh lebih yakin untuk memesan minuman kegemaran setiap kali ke kafe. Minuman ini boleh dinikmati di setiap cawangan Kopi Saigon. Kopi Saigon menghidangkan kopi Vietnam yang lebih ringan dan sesuai untuk pemula.

 

Offline! We will start taking order in

0Hours 0Minutes 0Seconds