Setiap perjalanan yang bermakna bermula dengan langkah kecil. Bagi para peserta Jejak Kopi Destinasi Umrah, perjalanan mereka bermula dengan secawan kopi.
Kopi Saigon ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemenang Jejak Kopi Destinasi Umrah. Sokongan dan penyertaan anda semua telah menjadikan kempen ini penuh makna, inspirasi, dan kenangan yang indah.
Pemenang Utama Pakej Umrah Tajaan Kopi Saigon
Dengan penuh rasa syukur, Kopi Saigon ingin mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Pemenang Utama bagi kempen Jejak Kopi Destinasi Umrah, Muhammad Luthfi bin Zailani dari Pasir Gudang, Johor.
Di sebalik kemenangan ini, tersimpan sebuah kisah yang menyentuh hati. Saudara Luthfi telah lama menyimpan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah, namun tidak pasti bila impian itu akan tercapai. Sebagai tanda sokongan dan pembakar semangat, isteri beliau menghadiahkan sebuah lego berbentuk Kaabah, simbol doa dan harapan agar suatu hari nanti mereka dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci.
Pemenang ini telah terpilih melalui penyertaan yang sah dan memenuhi semua syarat kempen. Semoga perjalanan ke Tanah Suci ini menjadi satu pengalaman rohani yang penuh keberkatan, ketenangan, dan kenangan yang tidak ternilai.
Kempen ini bukan sekadar menawarkan hadiah, tetapi melambangkan impian, doa, dan perjalanan yang bermula dengan sokongan serta kepercayaan terhadap Kopi Saigon.
Kami amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada langkah awal perjalanan ini dan berharap setiap detik yang dilalui pada masa akan datang membawa ketenangan, keberkatan, dan kenangan yang tidak ternilai.
Tahniah dicuapkan sekali lagi kepada semua pemenang dan Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada Jejak Kopi. Dari secawan kopi, ke Tanah Suci.
Tiada Hari Tanpa Kopi