Setiap tahun baharu membawa harapan baru.
Bagi Kopi Saigon, tahun 2026 bukan sekadar angka. Ia adalah tentang perjalanan, sokongan, dan komuniti yang telah bersama kami dari hari pertama hingga ke hari ini.

Kenapa Kuning?

Kuning bukan sekadar warna jenama Kopi Saigon.
Ia melambangkan tenaga, optimisme, kehangatan, dan semangat. Nilai yang sentiasa kami bawa dalam setiap cawan kopi yang dihidangkan.

Sempena permulaan tahun baharu ini, kami mahu melakukan satu kelainan. Bukan dengan diskaun besar atau kempen yang kompleks, tetapi dengan satu ajakan ringkas dan bermakna: Datang bersama, pakai kuning, dan raikan permulaan baharu.

1 Hari, 1 Momen, 1 Komuniti

Pada 1 Januari 2026, Kopi Saigon membuka pintu kepada semua yang telah menyokong kami. Pelanggan setia, rakan, dan komuniti yang menjadikan Kopi Saigon lebih daripada sekadar jenama kopi.

Dengan hanya memakai pakaian berwarna kuning, anda boleh menikmati secawan kopi Kopi Saigon secara percuma, sementara masih ada dan secara first come, first serve.

Ia bukan tentang kopi percuma semata-mata.
Ia tentang kebersamaan, rasa terima kasih, dan memulakan tahun baru dengan vibe yang positif.

Kopi Saigon Fever: Lebih Dari Sebuah Kempen

Kopi Saigon Fever adalah simbol bagaimana kami melihat masa depan ;
lebih terbuka, lebih dekat dengan komuniti, dan sentiasa berani melakukan sesuatu yang berbeza.

Kami percaya, momen kecil seperti ini mampu mencipta kenangan besar.

Terima kasih kerana terus menyokong Kopi Saigon hingga ke hari ini.
Sediakan outfit kuning anda dan mari mulakan 2026 bersama.

1 Januari 2026 | Wear Yellow & Enjoy
Kopi Saigon Fever : FREE coffee day!

“Tiada Hari Tanpa Kopi”

Offline! We will start taking order in

0Hours 0Minutes 0Seconds