KUALA LUMPUR, 6 OKTOBER 2025 – Matcha yang pekat dengan umami pernah menjadi kegemaran ramai kini kembali! Ingatkah anda dengan siri SoMucha Kopi Saigon yang pernah mencetus fenomena sebelum ini? Berita gembira buat semua peminat matcha — siri ini kini kembali dijual di semua cawangan Kopi Saigon bermula 6 Oktober 2025!
Menurut pengasas Kopi Saigon, Asyraf Kamal, “SoMucha series menggunakan ceremonial grade matcha powder yang memberikan rasa yang lebih pekat dan umami, sesuai untuk mereka yang benar-benar menghargai kualiti matcha asli.”
Siri ini mengekalkan variasi perisa yang pernah mencuri hati penggemar matcha sebelum ini dengan sentuhan moden seperti:
Matcha Latte – rasa klasik dan asli untuk penggemar tegar,
Matcha Strawberry – gabungan manis strawberi dan matcha latte,
Matcha Blueberry – adunan beri segar yang seimbang,
Matcha Yuzu – kombinasi unik antara matcha dan buah citrus yang menyegarkan,
Matcha Sakura – rasa lembut dan eksklusif diinspirasi daripada bunga sakura Jepun.
“SoMucha merupakan antara siri paling popular yang pernah kami lancarkan. Ramai pelanggan yang meminta supaya ia dikembalikan. Jadi kali ini, kami bawakan semula dengan formula yang sama, kualiti lebih baik,” tambah Asyraf.
Selain siri SoMucha, Kopi Saigon juga mengekalkan Matcha Original Series, di mana pelanggan boleh memilih antara dua jenis matcha berbeza mengikut cita rasa masing-masing. Kini, bukan sahaja pencinta kopi, malah penggemar matcha turut mempunyai pilihan minuman istimewa di semua cawangan Kopi Saigon.
Pengumuman Kekurangan Stok SoMucha
Untuk rekod, pada 28 Ogos 2025, Kopi Saigon pernah mengeluarkan pengumuman rasmi mengenai pemberhentian sementara siri SoMucha disebabkan kekurangan stok matcha powder secara global.
Ketika itu, pihak Kopi Saigon menjelaskan bahawa bekalan ceremonial grade matcha powder yang digunakan dalam siri SoMucha mengalami gangguan disebabkan faktor rantaian bekalan antarabangsa. Oleh itu, siri SoMucha tidak dapat dijual di beberapa cawangan buat sementara waktu.
Walaupun pengumuman itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat matcha, ramai pelanggan tetap menunjukkan sokongan dengan menantikan kemunculan semula siri ini.
Kini, selepas lebih sebulan menunggu, Kopi Saigon akhirnya berjaya mendapatkan semula bekalan matcha berkualiti tinggi, dan siri SoMucha kembali ke semua cawangan secara berperingkat.
Matcha bukan sekadar minuman, ia adalah sebuah lifestyle. Dengan kandungan antioksidan yang tinggi, ia bukan sahaja lazat, tetapi juga memberi manfaat kepada kesihatan.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan siri SoMucha di cawangan Kopi Saigon berdekatan anda mulai hari ini! Kongsi momen matcha anda di media sosial dengan tanda pagar #SoMuchaKopiSaigon dan #KopiSaigon.