
Bila bercerita tentang Malaysia, memang tidak asing lagi dengan kepelbagaian makanan. Trend pencuci mulut tumbuh bagai cendawan selepas hujan. Selepas Matcha dan Burnt Cheesecake, kini tiramisu pula muncul sebagai bintang utama di kedai kopi dan kafe.
Berasal dari Itali, pencuci mulut klasik ini memenuhi feed media sosial dengan gambar dan video yang menggoda selera. Dengan teknik yang mudah dan harga penjualan yang tinggi, ramai mengambil langkah untuk menghasilkan sendiri pencuci mulut yang berasaskan kopi ini. Memang betul – budaya FOMO (Fear of Missing Out) kadang kadang lebih jauh daripada yang kita sangka.
Mengapa Tiramisu trending?
Apakah yang menyebabkan Tiramisu istimewa? Rakyat tempatan semestinya kreatif mengadaptasi menu mengikut citarasa tempatan mendorong kepada trend ini.
- Versi halal – Tiramisu di Malaysia menggantikan alkohol dengan kopi tempatan
- Viral di sosial media – TikTok dan Instagram dibanjiri dengan video review dan resepi tiramisu
- Fotogenik – Seiring dengan matcha, tiramisu mudah menjadi konten yang ‘Instagrammable’ terutama dalam budaya kafe Malaysia yang semakin berkembang
Kini, tiramisu bukan sekadar pencuci mulut klasik Itali yang berasal dari kopi, tetapi juga sudah sebati dengan budaya kafe Malaysia.
Adaptasi citarasa Malaysia
Untuk memenuhi citarasa Malaysia, Tiramisu telah berkembang dengan pelbagai rasa dan tekstur seperti Matchamisu – gabungan mascarpone, ladyfingers, dan serbuk matcha Jepun, Strawberrymisu dengan gabungan buah strawberry segar dan Milomisu – rasa nostalgik minuman coklat kegemaran Malaysia.
Pencuci mulut ini menjadi pilihan kebanyakan kafe dan kedai kopi untuk menjadi padanan bersama minuman dengan rasa seimbang pahit espresso dan manis mascarpone.
Selepas tiramisu trending, kini masanya kopi Vietnam pula jadi pilihan anda! Jom ke Kopi Saigon untuk rasai sendiri kopi beraroma pekat yang sesuai digandingkan dengan apa sahaja pencuci mulut viral.