KUALA LUMPUR, 22 September 2025 – Khabar gembira buat Saigoners di Sarawak! Jenama kopi Vietnam kegemaran rakyat Malaysia, Kopi Saigon, bakal bertapak di Sarawak dengan pembukaan cawangan baharu di Bintulu, Sibu, dan Miri dan Kuching. 

Dengan kehadiran Kopi Saigon di Sarawak, penggemar kopi di Bumi Kenyalang dapat menikmati kopi Vietnam asli yang simbolik dengan rasa roasted dan earthy tanpa perlu terbang jauh ke Ho Chi Minh. 

Kopi Saigon bukan sahaja terkenal dengan menu berinspirasikan kopi Vietnam tetapi juga, minuman bukan kopi disesuaikan dengan gaya hidup dan citarasa kontemporari Malaysia.

Dengan pembukaan cawangan baru ini bukan sekadar tentang minuman, tetapi juga tentang membina hubungan dengan komuniti tempatan. Kopi Saigon berhasrat menjadikan setiap cawangannya sebagai ruang untuk orang ramai berkumpul, berkongsi cerita, dan menikmati kopi bersama-sama. 

Lokasi & Tarikh Pembukaan

10 September 2025 – Hospital Bintulu | Sibu | Miri
18 September 2025 – Matang Parade | UTC Kuching

Penduduk Sarawak dijemput hadir untuk memeriahkan suasana semasa Soft Opening Kopi Saigon pada 22 September 2025 di semua cawangan Kopi Saigon. 

Dengan suasana santai yang mesra pelanggan, Kopi Saigon berharap untuk terus menjadi pilihan utama pencinta kopi di Malaysia. Nantikan sebarang informasi daripada platform sosial Kopi Saigon.

Offline! We will start taking order in

0Hours 0Minutes 0Seconds