Pengunjung MotorManiac 2025 menikmati minuman di hadapan main booth Kopi Saigon, MyTOWN Kuala Lumpur
KUALA LUMPUR, 10 September 2025 – Rooftop MyTOWN, Kuala Lumpur digegarkan dengan deruman enjin, muzik, dan sorakan pengunjung apabila MotorManiac edisi ke-4 kembali pada 6 September lalu. Acara sehari ini telah menghimpunkan lebih kurang 25,000 pengunjung.
Pada acara tahun ini, Kopi Saigon sekali lagi tampil sebagai Official Coffee Partner memberikan suntikan tenaga kepada pengunjung menegaskan komitmen dalam menyokong minat komuniti automotif sekaligus menjadikan Kopi Saigon sentiasa dekat dengan komuniti ini.
Tarikan utama acara tahun ini merangkumi Car Parade bersama Downshift, Nochill, dan BackWheelBitches diikuti VIP Car Roll-In yang menampilkan kereta daripada Ali Kouppa dan BWB.
Selain pertunjukan automotif, pertandingan B-Boy Battle, Limbo Car Challenge dan 2STEP Competition yang menobatkan juara ASTRA Cup menjadi tarikan utama, sekali gus menghidupkan suasana.
Festival turut dimeriahkan dengan kehadiran pempengaruh dan DJ, Mira Rizam yang tampil bersama kereta ikoniknya, Snowy dan persembahan DJ yang mendapat sambutan hangat daripada anak muda. Selain itu, Dannqrack, Eemrun, 5STU, dan Alyph turut hadir sebagai artis jemputan memeriahkan lagi suasana.
Untuk MotorManiac 2025, Kopi Saigon hadir dengan Official Merchandise baharu iaitu plushie yang boleh didapati di platform rasmi Kopi Saigon. Nantikan pengumuman rasmi mengenai merchandise ini di media sosial Kopi Saigon. Dan juga, kejutan istimewa buat Saigoners dengan penjualan Taro Series yang diminati ramai.
“MotorManiac sedari dahulu bukan sekadar tentang kereta. Ia adalah tentang gaya hidup, budaya dan komuniti. Dengan menghimpunkan minat ini di satu bumbung berlatarkan langit Kuala Lumpur, kami wujudkan satu festival sehari penuh yang hidup dari pagi hingga ke tengah malam. ASTRA Cup dan rakan media global menjadi bukti bahawa apa yang bermula dari pergerakan tempatan kini berada di pentas dunia”