Fasha Sandha dan Aidil Aziz bersama ibu dan bapa Fasha di hadapan Signature Outlet Kopi Saigon MyTOWN Cheras

KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti terkenal, Fasha Sandha dan Aidil Aziz kini bergelar usahawan selepas membuka Signature Outlet Kopi Saigon pertama mereka di MyTOWN Cheras pada 6 Ogos 2025.

Pelancaran outlet ini berlangsung dengan meriah dan turut dihadiri beberapa rakan selebriti rapat seperti Sheila Rusly, Wawa Zainal, dan Kak KM. Turut hadir ialah pihak media, kelab peminat Fasha Sandha serta keluarga tersayang yang memberikan sokongan penuh.

“Kami memang penggemar Kopi Saigon sejak dulu dan bila diberikan peluang untuk membuka cawangan Kopi Saigon, kami terus ambil tanpa rasa ragu. Harapan kami outlet ini akan menjadi lokasi kegemaran peminat kopi dan pelanggan baharu” ujar Fasha penuh keterujaan.

Selain bergelar pemilik, Fasha juga aktif melibatkan diri dengan hadir ke outlet MyTOWN bukan sahaja untuk bertemu pelanggan dan peminatnya namun turut menjadi barista dan membancuh sendiri pesanan pelanggan.

Dalam majlis yang sama, Kopi Saigon memperkenalkan menu terbaharu iaitu siri So Much’a – koleksi minuman berasaskan matcha ceremonial dengan lima variasi menarik. Kini, Kopi Saigon MyTOWN Cheras dibuka setiap hari untuk semua peminat kopi Vietnam dan penggemar matcha. Jangan lepaskan peluang merasai siri So Much’a yang eksklusif hanya di sini.