Tahukah anda? Lain biji kopi menghasilkan rasa yang berbeza. Bentuknya sama saja namun boleh menghasilkan rasa dan aroma yang berbeza. Hari ini kami akan kongsikan jenis jenis biji kopi yang terdapat di Malaysia.
Kopi Arabika
Kopi Arabika merupakan jenis kopi yang paling popular kerana kadar pengeluaran yang melebihi 60 peratus di dunia. Biji kopi ini adalah yang paling asidik berbanding jenis lain dan biasanya tidak terlalu gelap apabila dipanggang.
Kopi Arabika digemari ramai kerana kandungan kafein yang lebih rendah berbanding jenis kopi lain dan biasanya lebih disukai kerana rasa aromatik dan manis yang asli dengan kesan rasa buah buahan.
Kopi Liberika
Jenis biji kopi ini adalah spesies kopi yang jarang ditemui dengan pengeluaran yang kurang daripada 1% dan hampir mencapai tahap kepupusan.
Kopi Liberika sering dikatakan mempunyai rasa seakan coklat gelap dan rasa yang lebih manis. Ia merupakan salah satu kopi yang paling manis secara asalnya. Apabila dipanggang, ia memberikan rasa yang smoky yang unik.
Kopi Robusta
Kopi canephora yang lebih dikenali dengan panggilan Robusta yang berasal daripada bahasa Itali yang bermaksud kuat.
Kopi ini mengandungi kandungan kafein yang lebih tinggi dan rasa yang kuat maka ia sering digunakan dalam kopi segera dan dicampurkan bersama kopi Arabika.
Pengeluaran terbanyak kopi ini adalah daripada Vietnam iaitu pembekal utama kopi kepada Kopi Saigon.
Rasa kopi Robusta sering dijelaskan dengan rasa earthy dan nutty bersama kesan rasa seakan akan coklat gelap dan rempah. Kandungan kafein yang tinggi memberikan rasa yang lebih ‘kick’.
Walaupun dikenali dengan rasa yang lebih pahit, di Kopi Saigon kami telah memproses dan memilih resipi dengan cara khas supaya kopi kekal seimbang, stabil, dan tidak terlalu ‘overpowering’ . Campuran susu dan teknik bancuhan yang tepat menjadikan rasanya lebih smooth dan sesuai untuk semua peringkat umur.
Jadi, jika anda ingin merasai keunikan rasa Robusta Vietnam yang pekat namun seimbang, singgah ke Kopi Saigon dan nikmati keaslian kopi yang kuat tapi tetap lembut di tekak.