Kopi Saigon Pilihan Saigoners

Dapatkan Suntikan Dos Kafein Di Outlet Berdekatan Anda

Play Video

Kopi Buttercream

Vietnamese Peach Tea

Kopi Butterscotch Frappe

“Tiada Hari Tanpa Kopi”

Saigon adalah nama lama bagi ibu negara Vietnam yang kini dikenali sebagai Ho Chi Minh. Pengambilan nama Kopi Saigon adalah untuk membawa Kopi Vietnam kepada masyarakat Malaysia.

Kopi Saigon menggunakan biji kopi premium jenis Robusta yang berkualiti tinggi dan dijamin halal.

Pati (espresso) Kopi Saigon dihasilkan dengan kaedah ‘dripping’ menggunakan Phin Filter. Teknik ini merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh masyarakat Vietnam sejak berkurun lamanya. Disebabkan itu jugalah produk Kopi Vietnam mempunyai rasa premium yang sama taraf dengan kualiti Kopi di Vietnam.

Budaya meminum kopi sememangnya dah sinonim dengan rakyat Malaysia, tidak hairanlah kemunculan jenama Kopi Saigon ini selari dengan ‘tekak’ orang kita dan sedikit sebanyak dapat membantu menyemarakkan lagi gelombang kopi Vietnam di Malaysia ini.

Dapatkan produk Kopi Saigon berdekatan anda supaya anda kekal ‘tersaigonisasi’ dan harus diingatkan “Tiada Hari Tanpa Kopi”.

Lokasi Kami

Jenama Kopi Saigon bermula di Dato Harun sekitar Jun 2021 dan kini telah meluaskan jajahan ke beberapa lokasi

Dato Harun Adalah Permulaan Bersejarah Bagi Kami

Dato Harun menjadi lokasi bersejarah kerana ianya merupakan lokasi outlet pertama bagi jenama Kopi Saigon. Mula dibuka pada bulan Jun 2021, sehingga kini terdapat tujuh outlet di sekitar Lembah Klang. Hasil bantuan Saigoners daripada komuniti penduduk sekitar Dato Harun / Taman Medan telah Berjaya mengangkat jenama Kopi Saigon sehingga dikenali seantero Malaysia.

Nantikan kemunculan outlet terbaru Kopi Saigon berdekatan di rumah anda supaya anda dapat merasa nikmat ‘Tersaigonisasi’ dengan produk Kopi Saigon

Social Media Kopi Saigon