KUALA LUMPUR, 27 OKTOBER 2025 – Kopi Saigon dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen terbaharu bertajuk “Jejak Kopi Destinasi Umrah”, bersempena meraikan ulang tahun ke-5 perjalanan Kopi Saigon bersama para pelanggan setia.
Kempen Jejak Kopi merupakan kempen tahunan Kopi Saigon yang menghargai sokongan pelanggan melalui ganjaran dan pengalaman istimewa. Bagi edisi kali ini, destinasi yang dipilih amat bermakna — Mekah, bagi menunaikan ibadah umrah sebagai tanda kesyukuran atas kejayaan dan sokongan berterusan pelanggan sepanjang lima tahun ini.
Sepanjang tempoh 24 Oktober hingga 31 Disember 2025, pelanggan berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik termasuk pakej Umrah untuk dua orang, gajet eksklusif, dan Kopi Saigon percuma selama setahun. Cara penyertaan juga amat mudah — hanya dengan menikmati kopi kegemaran mereka di mana-mana cawangan Kopi Saigon sepanjang tempoh kempen.
Untuk menyertai kempen “Jejak Kopi Destinasi Umrah”, pelanggan hanya perlu mengikuti langkah mudah berikut:
Beli minuman Kopi Saigon bernilai RM30 dan ke atas dalam satu resit.
Setiap resit melayakkan pelanggan menerima satu (1) tiket penyertaan — lebih banyak pembelian, lebih tinggi peluang untuk menang.
Selepas pembelian, pelanggan boleh imbas kod QR kempen di outlet dan isi butiran penyertaan di laman web rasmi Kopi Saigon.
Dan akhirnya, anda berpeluang memenangi hadiah menarik seperti pakej Umrah untuk dua orang, gajet eksklusif, serta Kopi Saigon percuma selama setahun.
Selain hadiah utama, kempen ini turut menawarkan hadiah mingguan kepada pelanggan bertuah yang akan menerima barangan eksklusif Kopi Saigon seperti tumbler, beg tote dan straw.
Maklumat lanjut tentang kempen “Jejak Kopi Destinasi Umrah”, termasuk senarai hadiah dan cara penyertaan, boleh didapati di platform media sosial rasmi Kopi Saigon:
Facebook: Kopi Saigon HQ
Instagram: @kopisaigon.hq
TikTok: @kopisaigon