Tahukah anda bahawa rasa kopi dipengaruhi oleh cara ia diseduh (brew)? Dari teknik tradisional hingga moden, setiap kaedah brewing menghasilkan aroma, kepekatan, dan keunikan tersendiri. Jom kenal lima teknik coffee brewing dan lihat mana satu yang paling kena untuk cita rasa anda!

1.Cold Brew

Cold brew adalah teknik moden yang semakin digemari ramai kerana rasanya yang lebih lembut, manis secara semula jadi dan refreshing. Nama cold brew diinspirasikan dari cara penyediaannya dan bukan cara hidangan nya. 

 

Teknik ini dilakukan dalam tempoh yang lebih lama dibandingkan dengan teknik hot brewing. Kaedah brewing ini dilakukan dengan merendam serbuk kopi yang digiling kasar dan direndam dengan air sejuk selama 12 hingga 24 jam sebelum ditapis.

Teknik ini tidak memerlukan peralatan lain selain botol kosong, air sejuk dan penapis. Teknik ini sesuai untuk individu yang menggemari kopi yang lebih tinggi kandungan kafein. 

2. Pour Over

Pour over ialah teknik manual yang memerlukan ketelitian dan kelembutan. Teknik memberikan kopi yang dengan rasa lebih ringan dan bersih. 

Teknik ini memerlukan penapis kertas, teko bermuncung panjang dan cawan. Air panas dituangkan perlahan – lahan ke atas serbuk kopi dalam penapis kertas. Air dituang dalam gerakan membulat secara berterusan sehingga mendapatkan sukatan yang diingini. 

Teknik ini memberikan kawalan penuh kepada pembuat kopi terhadap suhu dan masa penyeduhan.

3. Drip Coffee

Bagi pencinta gaya klasik, teknik ini menawarkan cara penyediaan yang lebih praktikal dan menjimatkan masa yang sesuai untuk gaya hidup yang pantas dan sibuk. 

Mesin drip masih memerlukan penapis dimana penapis kertas ataupun penapis mesh logam terbina dalam namun penapis berbeza memberikan hasil yang berbeza kerana penapis kertas akan menyerap minyak semula jadi kopi. 

Teknik ini serupa dengan teknik pour over namun dilakukan menggunakan mesin automatik. Mesin akan panaskan air dan titiskan air secara konsisten ke atas serbuk kopi tanpa kawalan manual. 

 

4. Espresso

Espresso minuman yang terhasil daripada kopi yang dinamakan daripada teknik penyediaannya. Perkataan espresso berasal dari Itali yang bermaksud ‘didorong keluar’.

Dalam teknik ini, mesin espresso menggunakan tekanan tinggi untuk menolak air panas melalui serbuk kopi yang dikisar halus dalam masa sekitar 25-30 saat. Teknik ini menghasilkan minuman pekat dengan lapisan buih keemasan di permukaan yang dipanggil crema.

5. Phin

Kopi Vietnam dikenali dengan rasa yang pekat dan manis berbeza dengan kopi lain dan rahsianya adalah daripada teknik brewing yang unik menggunakan Phin. Ia merupakan simbol budaya kopi negara tersebut.

Teknik ini menggunakan penapis logam kecil yang diletakkan di atas cawan. Serbuk kopi dimasukkan ke dalam penapis dan air panas dituang sedikit untuk membasahi kopi dan barulah dituang dengan kuantiti yang diingini. Proses ini serupa dengan teknik Pour Over namun kopi boleh dibiarkan menitik tanpa pengawasan selama 4 -5 minit begitu sahaja.

Hasilnya biasa dinikmati dengan susu pekat manis yang menjadi rahsia di sebalik kopi Vietnam yang seimbang antara manis dan pahit.

Teknik phin ini jugalah menjadi rahsia Kopi Saigon untuk menghasilkan kopi yang mesra untuk semua peringkat usia. Jika anda teringin untuk merasai rasa autentik kopi Vietnam daripada teknik yang unik ini, anda boleh mengunjungi cawangan Kopi Saigon dan kami akan menghidangkan anda dengan rasa kopi dengan pengalaman di Vietnam.  

Offline! We will start taking order in

0Hours 0Minutes 0Seconds